19 awak-awak warga asing ditahan

Bot nelayan tempatan yang ditahan APMM Mersing semalam.
Bot nelayan tempatan yang ditahan APMM Mersing semalam.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Mersing menahan sebuah bot nelayan tempatan yang didapati dikendalikan 19 awak-awak warga asing di perairan Endau berhampiran Tanjung Kempit, Mersing semalam.

Pengarah APMM Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Haris Fadzillah Abdullah berkata, bot itu dikesan pihaknya ketika dalam perjalanan pulang ke jeti nelayan Tanjung Gemok.

Menurutnya, pihaknya mengesyaki nelayan terbabit menjalankan kegiatan menangkap ikan secara haram.

“Mereka ditahan kira-kira jam 12.30 tengah hari pada kedudukan 2.3 batu nautika timur laut Tanjung Kempit ketika rondaan Ops Jaksa 2019.

"Kesemua mereka berusia di antara 17 hingga 46 tahun,” katanya dalam satu kenyataan.

Haris Fadzillah berkata, kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 Seksyen 8(B) kerana melanggar syarat sah lesen.

“Bagi kesalahan ini mereka boleh dikompaun atau lesen digantung jika sabit kesalahan,” katanya.

Artikel Berkaitan: