Polis terlelap, tahanan cabut lari

Insiden tersebut berjaya dirakam CCTV dan mengundang persoalan sama ada pegawai polis terbabit bersubahat untuk melepaskan tahanan itu.
Insiden tersebut berjaya dirakam CCTV dan mengundang persoalan sama ada pegawai polis terbabit bersubahat untuk melepaskan tahanan itu.
A
A
A

BUENOS AIRES - Tindakan seorang anggota polis di Argentina memberhentikan kereta perondanya untuk tidur seketika di bahu jalan mengundang padah, apabila seorang tahanan yang ada bersamanya bertindak melarikan diri.

Tahanan tersebut, Franco Antonio, 18, sepatutnya dihantar ke penjara awal minggu ini selepas dibicarakan di sebuah mahkamah di Banfield.

Remaja terbabit diberkas pada hujung minggu lalu kerana terlibat dalam kes rompakan bersenjata di Buenos Aires.

Insiden tersebut sempat dirakam sebuah kamera litar tertutup (CCTV).

Bagaimanapun, penyiasat yang meneliti insiden berkenaan mempersoalkan cara tahanan terbabit melarikan diri.

Penyiasat turut mengesyaki pegawai polis yang tidak dinamakan itu mungkin bersubahat dengan tahanan terbabit kerana senarionya kelihatan pelik. - Agensi

Artikel Berkaitan: