Berjudi bawah khemah kanvas dalam semak

Kaki judi sedang leka bertaruh dan tidak menyedari kehadiran anggota polis.
Kaki judi sedang leka bertaruh dan tidak menyedari kehadiran anggota polis.
A
A
A

GEORGETOWN - Kawasan semak berhampiran pantai di Tanjung Bungah di sini menjadi lokasi sekumpulan kaki judi melakukan aktiviti pertaruhan supaya tidak dikesan penguat kuasa.

Kumpulan itu mendirikan khemah kanvas di lokasi yang agak tersembunyi dan akan berpindah-randah kerana tidak mahu aktiviti mereka dikesan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, taktik mereka itu berjaya dikesan sehingga membawa kepada penangkapan 23 individu termasuk dua wanita disyaki berjudi ketika serbuan itu semalam.

Kesemua kaki judi bertempiaran lari dan cuba meloloskan diri namun kawasan berkenaan sudah dikepung anggota polis dalam Op Dadu yang dilakukan kira-kira jam 9 malam.

Pegawai Turus D7 IPK Pulau Pinang, Deputi Superintendan Akmal Yahaya (dua dari kanan) membuat pemeriksaan di lokasi serbuan.
Pegawai Turus D7 IPK Pulau Pinang, Deputi Superintendan Akmal Yahaya (dua dari kanan) membuat pemeriksaan di lokasi serbuan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Zainol Samah berkata, seorang daripada mereka yang berusia 30-an terseliuh bahu akibat terjatuh.

"Polis merampas wang tunai berjumlah RM65,677 dan percaya ini antara rampasan terbesar membabitkan aktiviti judi di kawasan terbuka tahun ini.

"Selain itu kita turut merampas peralatan yang digunakan termasuk cip, kerusi, bakul dan mesin kira-kira. Kesemua yang ditahan akan diasat di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya.

Artikel Berkaitan:

Serbuan diketuai Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, Deputi Superintendan Akmal Yahaya.