Lima band imbau nostalgia rock kapak

Mohd Ariffin menunjukkan poster dan tag yang akan digunakan oleh kumpulan muzik terlibat pada hari konsert nanti.
Mohd Ariffin menunjukkan poster dan tag yang akan digunakan oleh kumpulan muzik terlibat pada hari konsert nanti.
A
A
A

IPOH - Lima band tempatan bakal mengimbau nostalgia rock kapak yang popular di Ipoh sebelum ini menerusi Konsert Three Piece Ipoh Rock Nite pada 29 Disember ini.

Penganjur bersama, Mohd Ariffin Ahmad berkata, konsert yang memasuki edisi kedua buat tahun ini dibuat rentetan daripada sambutan yang diterima pada konsert pertama yang diadakan pada Mac lalu.

Katanya, kali ini kumpulan muzik yang terlibat ialah Kumpulan Libra, Qiamat, Cahaya, Reborn dan Sniper.

"Kesemua band ini akan membuat persembahan di Ipoh Ladyboss Studio dengan setiap kumpulan akan menyanyikan lima lagu.

"Kita harap penganjuran kali ini mendapat sokongan peminat-peminat rock kapak sekali gus mengimbau nostalgia zaman-zaman rock kapak yang popular di Ipoh sebelum ini," katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Ariffin berkata, pihaknya tidak mendapat mana-mana tajaan sebaliknya ia dibuat secara bersama di antara kumpulan-kumpulan terlibat.

Menurutnya, sekiranya mendapat sambutan, program seperti itu akan diadakan di luar Ipoh selepas ini.

Beliau berkata, orang ramai yang ingin mendapatkan tiket boleh terus ke kaunter yang disediakan di studio tersebut pada hari berkenaan selain boleh juga mendapatkannya daripada kumpulan yang akan membuat persembahan.

Artikel Berkaitan: