Kesahihan video intim boleh dibincang dalam 'retreat' PKR

Fahmi Fadzil
Fahmi Fadzil
A
A
A
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] PKR boleh membincangkan perkembangan terkini video intim didakwa melibatkan seorang pimpinan kanan parti itu dalam program pemukiman (retreat) parti itu minggu ini.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, program ‘retreat’ dijangka dihadiri oleh semua pimpinan parti itu.

"Bagi saya parti boleh berbincang tentang perkara ini semasa kita adakan pemukiman yang bermula esok (hari ini). Di situ kita akan dapat maklumat yang lebih rasmi. Pada waktu ini cuma berdasarkan laporan media.

"Saya rasa mungkin ia masih pramatang untuk buat apa-apa keputusan, apapun perbincangan di antara pimpinan perlu diadakan mengambil kira pandangan-pandangan termasuk yang terbaru. InsyaALLAH, 'retreat' ini akan di hadiri semua," katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen semalam.

Dalam pada itu, Fahmi mengakui PKR kini berada dalam keadaan mencabar dan beliau mahu partinya sentiasa berwaspada.
Artikel Berkaitan:


"Isunya adalah PKR perlu berwaspada dan sentiasa memahami bahawa ada pihak-pihak yang cuba menangguk di air keruh untuk mengambil kesempatan bagi meretakkan parti paling besar dalam Pakatan Harapan.

"Pada waktu ini apa tindakan pun, PKR akan lakukan berlandaskan undang-undang dan kita akan tunggu laporan daripada pihak berkuasa sebelum apa-apa tindakan lanjut," katanya.