Kenyataan bertelagah, wujudkan persepsi buruk pada parti

Haniza Mohd Talha
Haniza Mohd Talha
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Wanita PKR, Haniza Mohd Talha mengakui kenyataan antara pemimpin tertinggi yang dilihat seperti bertelagah hanya akan mewujudkan persepsi buruk kepada parti.

Menurutnya, pimpinan dan ahli parti perlu senada dalam mengeluarkan kenyataan dalam menolak isu berkaitan politik kotor.

“Memang benar apabila kenyataan dari pimpinan utama sudah berbeza, maka ia akan beri persepsi buruk pada parti.

“Justeru itu semua kenyataan bersama Ahli Majlis Pimpinan Pusat MPP dan Ahli Parlimen PKR adalah teguran penyatuan bukan memihak kepada mana-mana individu," katanya kepada Sinar Harian.

Haniza berkata, seorang pemimpin perlu memberi isyarat betul supaya menjadi contoh kepada ahli di bawahnya.

“Ahli-ahli di bawah melihat, jadi bagi signal yang betul. Kenyataan yang dikeluarkan juga mesti nampak jelas, tidak ada kekhuatiran dan syak lagi, bahawa itu politik kotor dan kita tolak dengan sekeras-kerasnya dan tidak akan melayan.

“Jika pimpinan yang benar-benar berpegang dengan prinsip keadilan, beliau tidak akan menggunakan atau tidak akan beri ruang atau kompromi dengan politik kotor sedemikian terutama apabila melibatkan pimpinan di bawahnya sendiri,” katanya

Artikel Berkaitan: