Ketua Polis Negara minta orang ramai fahami proses siasatan video intim

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador ketika lawatan rasmi ke Maskas Angkatan Tentera Malaysia di Wisma Pertahanan di Kuala Lumpur hari ini. - Foto ZAHID IZZANI
A
A

SHAH ALAM - Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador menjelaskan tentang proses siasatan berhubung video intim yang membabitkan Haziq Abdullah Abdul Aziz.

"Ramai bertanya tentang video tersebut, siapakah pelaku-pelakunya, itu bukan kuasa saya jadi kita hantar kepada Cybersecurity untuk mengesahkan adakah video itu tulen dan mengesahkan siapa dalam video itu.

"Jawapan yang kami terima, mereka kata tulen. Tapi mereka tak dapat sahkan 100 peratus siapa pelaku-pelaku dalam tu (video).

ARTIKEL BERKAITAN:

Saya ada tengok cermin pagi tadi, seloroh Anwar

Azmin perlu letak jawatan jika video intim sahih, kata Anwar

"Saya selaku Ketua Polis Negara tidak boleh memandai-mandai. Perkara itu menjadi subjek dalam perbicaraan sekiranya dibawa ke muka pengadilan.

"Saya harap orang ramai khususnya faham tentang kekangan tanggungjawab saya sebagai Ketua Polis Negara," katanya dalam satu rancangan terbitan RTM, malam tadi dan dipetik oleh portal berita dalam talian.

Haziq merupakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong kini ditahan bersama lima lelaki ditahan reman selama enam hari sehingga 20 Julai bagi membantu siasatan berhubung penularan video seks berkenaan.

Bagaimanapun, Sinar Harian sedang berusaha untuk menghubungi Abdul Hamid bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung kenyataan yang dibuat oleh beliau itu.