X

Kindly register in order to view this article
!

Padat anjur Pertandingan Ekspresi Tari Selangor 2019

Orang ramai dijemput hadir ke Pertandingan Ekspresi Tari Selangor 2019 berlangsung di Teater Shah Alam 28 Julai ini.
A
A

SHAH ALAM – Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM) bakal menganjurkan Pertandingan Ekspresi Tari Selangor 2019 di Teater Shah Alam 28 Julai ini.

Pertandingan itu bermula jam 8 pagi dan majlis penutup akan disempurnakan pada jam 8.30 malam di lokasi sama.

Menurutnya, ini merupakan penganjuran kedua pertandingan selepas yang pertama dianjurkan pada dua tahun lalu.

“Orang ramai dijemput hadir menyaksikan pertandingan yang dianjur bagi menggilap bakat dalam bidang tarian tradisional serta merakyatkan kebudayaan dan warisan Selangor dalam kalangan golongan muda.

“Pertandingan ini terbuka kepada kategori sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT), pertandingan berkonsep persembahan tarian piring, rampaian tradisional Melayu dan rampaian tradisional Melayu kreasi,” katanya.

Menurutnya lagi, majlis penyampaian hadiah akan disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebudayaan, Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan merangkap Pengerusi Padat, Datuk Abdul Rashid Asari,

Sebarang maklumat lanjut berhubung pertandingan boleh dibuat dengan menghubungi urusetia di talian 03-55190050 atau layari www.padat.gov.my.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!