Pejabat MB Kelantan, SUK kekal cemerlang

Ahmad Yakob
Ahmad Yakob
A
A
A

KOTA BHARU - Pejabat Menteri Besar Kelantan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan terus kekal cemerlang bagi Prestasi Pengurusan Kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti 2018 dalam Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 1 apabila berjaya memperoleh markah 94.64 peratus.

Melalui perkongsian laman Facebook Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, secara keseluruhan, prestasi pengurusan kewangan bagi tahun 2018 menunjukkan tujuh jabatan dan agensi mencapai tahap cemerlang dan lima jabatan serta agensi pada tahap baik.

Kenyataan itu menyebut prestasi cemerlang tersebut menunjukkan komitmen Kerajaan Kelantan untuk memastikan urus tadbir negeri terus cemerlang dalam pelbagai aspek.

Perkongsian itu turut menyatakan, Pelan Induk Kelantan melangkah ke hadapan 2016-2025 berpaksikan kepada tiga tonggak utama iaitu keberkatan, kemakmuran dan kebajikan untuk seluruh negeri ini.

Semalam, Jabatan Audit Negara menegur tiga agensi kerajaan di Kelantan melibatkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan yang menguruskan Program Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan (Pengurusan Skim Bantuan Am Al-Musa’adah) dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK Sawit Sdn Bhd).

Artikel Berkaitan: