Penghantar makanan warga Bangladesh ditahan

Lelaki Bangladesh ditahan pihak berkuasa di Kuala Lumpur semalam.
Lelaki Bangladesh ditahan pihak berkuasa di Kuala Lumpur semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Bangladesh menyalahgunakan permit kerjanya dengan bekerja sambilan sebagai penghantar makanan akhirnya membawa padah apabila dicekup pihak berkuasa di Jalan Sri Hartamas, di sini, semalam.

Lelaki terbabit dicekup pada 6.15 petang ketika sedang dalam perjalanan menghantar pesanan makanan.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, tangkapan pendatang asing tanpa izin (PATI) berusia lingkungan 30-an itu dibuat menerusi Ops Kutip.

"Siasatan awal mendapati, PATI itu telah bekerja sebagai penghantar makanan secara sambilan sejak kira-kira dua bulan lalu.

"Semakan mendapati dia menyalahgunakan permit kerjanya. Malah lelaki terbabit juga gagal menunjukkan lesen memandunya," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Hamidi berkata, malah pemeriksaan di bakul motosikalnya juga mendapati keadaan yang sangat kotor dengan bekas makanan selain tempat menyimpan kasut serta baju hujan.

Katanya, lelaki terbabit kini ditahan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Kelmarin, Jabatan Imigresen Melaka turut menahan seorang lelaki warga Bangladesh yang memakai kostum watak komik adiwira 'Spiderman' bagi mendapatkan wang dengan cara mudah di Jalan Kota, Banda Hilir, Melaka.

Artikel Berkaitan: