PKR tak campur tangan siasatan kes video intim

Saifuddin Nasution Ismail
Saifuddin Nasution Ismail
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan campur tangan seluruh siasatan terhadap pemimpin parti yang turut ditahan bagi membantu siasatan berhubung video intim membabitkan individu mirip menteri Kabinet yang tular di media sosial baru-baru ini.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, dalam isu berkenaan, PKR mahu pihak berkuasa melakukan siasatan yang telus bagi merungkai dua persoalan iaitu melibatkan kesahihan video dan kesalahan penyebarannya.

"Ibu pejabat PKR sedia maklum mengenai penahanan seorang pemimpin PKR di peringkat negeri bersama dua orang lagi, seperti yang dilaporkan oleh portal berita hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Azmin perlu letak jawatan jika video intim sahih, kata Anwar

"Saya menyeru supaya ruang yang sewajarnya diberikan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan yang telus dan adil yang merangkumi dua persoalan penting iaitu kesahihan video yang disebarkan dengan mengenal pasti pelaku di dalam video selaras dengan siasatan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan kesalahan menyebarkan video lucah selaras dengan siasatan di bawah Seksyen 292(A) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Multimedia dan Komunikasi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Saifuddin, siasatan pihak berkuasa haruslah merungkai kedua-dua perkara tersebut agar dapat mematikan isu ini daripada terus menjadi perbualan dalam kalangan orang ramai.

"Apabila tindakan undang-undang telah diputuskan oleh pihak berkuasa, PKR akan mengambil tindakan mengikut perlembagaan parti ke atas mana-mana anggota yang didapati terbabit dalam mana-mana kesalahan di atas," katanya.

Dalam perkembangan terbaharu, setiausaha politik Anwar yang juga Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak bersama seorang lagi lelaki direman empat hari bagi membantu siasatan berkaitan video itu.

Terdahulu, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang dikaitkan dalam isu video intim ditahan bersama lima lagi lelaki berusia lingkungan 25 hingga 38 tahun di sekitar Lembah Klang dalam tangkapan berasingan bermula jam 6 petang sehingga 10 malam, Ahad lalu.

Artikel Berkaitan:

Selepas itu, tiga lagi individu ditahan di sekitar Johor Bahru bagi membantu siasatan isu video berkenaan.