Tukang urut warga asing ditahan

Antara yang ditahan dalam operasi di sebuah premis urut di Bandar Botanic, Klang semalam.
Antara yang ditahan dalam operasi di sebuah premis urut di Bandar Botanic, Klang semalam.
A
A
A

KLANG - Sebuah premis urut di Bandar Botanic, di sini yang dipercayai menawarkan khidmat urutan wanita warga asing diserbu polis dalam operasi Ops Noda, semalam.

Serbuan bermula jam 2 petang itu dijalankan sepasukan polis daripada Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hasil maklumat dan risikan.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Azmi Shukor berkata, seramai 10 tukang urut warga asing berusia lingkungan 25 hingga 40 tahun terdiri daripada empat lelaki dan enam wanita ditahan.

"Semakan mendapati, sembilan adalah warga China, manakala seorang lagi warga Indonesia.

Antara barang yang dirampas dalam operasi di sebuah premis urut di Bandar Botanic, Klang semalam.
Antara barang yang dirampas dalam operasi di sebuah premis urut di Bandar Botanic, Klang semalam.

"Polis turut menahan seorang wanita tempatan berusia 51 tahun disyaki penjaga premis selain rampasan tuala, minyak urut, jadual kerja serta wang tunai," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, kesemua warga asing ini gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri selain tidak memiliki permit bekerja.

Katanya, siasatan awal mendapati, premis tidak berlesen ini telah mula beroperasi sejak kira-kira enam bulan lalu.

Artikel Berkaitan:

"Kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen, Peraturan 39b Peraturan-Peraturan Imigresen dan Seksyen 3 Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan Majlis Perbandaran Klang (MPK) 2007," katanya.