Dua lelaki rompak wanita guna pisau rambo dijel tiga tahun

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua lelaki dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana merompak seorang wanita menggunakan sebilah pisau di sebuah butik, di Putrajaya, bulan lepas.

Hakim Mahyon Talib menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Hafizi Ismail, 19, dan Muhammad Hadi Chik, 22, kedua-duanya penganggur selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tangkap pada Jun lalu.

Berdasarkan pertuduhan, Muhammad Hafizi dan Muhammad Hadi didakwa merompak Siti Nur Zulaiha Zubir, 22, menggunakan sebilah pisau Rambo di Butik Avon, Jalan Diplomatik Presint 15, pada 3.50 petang 17 Jun lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum 20 tahun penjara dan sebat.

Terdahulu, kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar dikenakan hukuman ringan dan mereka juga menyesal atas perbuatan itu.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana Mohd Jafri memohon hukuman setimpal mengambil kira kerugian yang dialami mangsa serta kedua-dua tertuduh mempunyai rekod kesalahan lampau. - Bernama

Artikel Berkaitan: