Penyamun tercicir telefon bimbit

Sebuah telefon bimbit dijumpai tercicir di pintu hadapan pejabat berkenaan yang dipercayai milik suspek
Sebuah telefon bimbit dijumpai tercicir di pintu hadapan pejabat berkenaan yang dipercayai milik suspek
A
A
A

HULU SELANGOR - Pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kes pecah masuk dan samun di pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hulu Selangor awal pagi semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Azman Ab Rahman berkata, setakat ini tiada sebarang tangkapan dilakukan dan kes masih dalam siasatan.

"Pemeriksaan di lokasi kejadian menjumpai sebuah telefon bimbit dan siasatan lanjut giat dilakukan," katanya.

Semalam Sinar Harian melaporkan pejabat Ahli Parlimen Hulu Selangor, June Leow Hsiad Hui dipecah masuk tiga lelaki bersenjatakan parang dan menyamun pegawai sulit Ahli Parlimen itu.

June Leow menunjukkan pejabatnya yang dipecah masuk semalam.
June Leow menunjukkan pejabatnya yang dipecah masuk semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.55 pagi, mangsa, Goh Beng Poh berada seorang diri di dalam pejabat tersebut yang terletak di Jalan Helikonia, Sungai Choh.

Menurutnya, tiga lelaki memakai topeng muka dan bersenjatakan parang masuk melalui pintu hadapan yang diumpil sebelum mengacukan parang ke arahnya.

"Salah seorang lelaki merampas telefon bimbit saya dan memecah pintu bilik pejabat Ahli Parlimen serta mencabut kotak sistem rakaman litar tertutup (CCTV).

"Antara barang lain yang dibawa lari adalah sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux, wang tunai RM1,500, enam keping cek, dokumen peribadi pusat khidmat rakyat, telefon bimbit Huawei P30 dan Smart Tag," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pegawai sulit Ahli Parlimen Hulu Selangor disamun tiga lelaki

Artikel Berkaitan: