Suspek ketiga pukul pengusaha kilang ditahan

No Image Caption
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang lagi suspek kes pukul pengusaha kilang yang bekerja sebagai pengawal keselamatan ditahan dalam serbuan di Taman Cendana, Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, suspek yang berusia 45 tahun itu diburu polis setelah dua suspek lain berjaya ditahan selepas kejadian 2 Julai lalu.

Menurutnya, penahanan pengawal keselamatan itu dibuat pada jam 1.30 pagi tadi di sebuah rumah di taman berkenaan.

"Serbuan dilakukan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda diketuai Asisten Superintenden Khairul Faiz.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua lelaki didenda RM1,500 pukul pengusaha kilang

"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya.

Pada 14 Julai lalu, dua suspek termasuk pengurus dan pemandu kilang dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,500 dan diarahkan membayar pampasan sebanyak RM1,000 kepada mangsa oleh Mahkamah Majistret Sungai Petani.

Dalam prosiding berkenaan, tertuduh, Lee Lye Seng, 49, dan R Arasakumaran, 42, mengaku bersalah mendatangkan kecederaan terhadap Un Chorng Von, 51, pada 2 Julai lalu jam 4.15 petang.

Artikel Berkaitan:

Perbuatan itu dilakukan dalam kawasan kilang suspek di Kawasan Perusahaan Sungai Petani yang terletak berhadapan kilang mangsa.

Kejadian berlaku apabila mangsa telah dipanggil tertuduh ke pejabat bagi membincangkan satu perkara sebelum berlaku perselisihan faham menyebabkan berlaku pergaduhan.