KP APM kecewa ibu pejabat baharu gagal beroperasi

Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Datuk Roslan Wahab (berdiri tengah) bergambar bersama 33 anggota APM yang menyertai ujian pemilihan Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) pada majlis perasmian Latihan Kemahiran PASPA di Ibu Pejabat APM Sungai Merab hari ini. Seramai 33 orang daripada 180 orang pegawai dan anggota APM yang menyertai ujian pemilihan PASPA bermula sejak awal tahun lalu mengikut zon di seluruh negara telah berjaya melepasi tapisan ujian tersebut dengan cemerlang. - Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Datuk Roslan Wahab kecewa berikutan ibu pejabat APM baharu di Sungai Merab di Kajang, yang dijadual memulakan operasi hari ini, tidak dapat digunakan kerana infrastruktur bangunan itu tidak siap sepenuhnya.

Mendedahkan perkara tersebut, beliau berkata perkara itu sudah berulang kali dimaklumkan kepada kontraktor binaan agar melengkapkan infrastruktur bangunan berkenaan.

"Hari ini buat pertama kali dalam sejarah APM, pihak saya terpaksa membuat majlis rasmi APM di luar bangunan sedangkan ia boleh dibuat dalam ibu pejabat baharu kami.

"Saya tidak tahu apa hendak cakap pada kontraktor ini, sudah banyak kali mereka berjanji untuk menyerahkan ibu pejabat kami, namun mereka gagal dan memungkiri janji," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Latihan Kemahiran Pasukan Khas Pertahanan Awam (Paspa) Siri 1/2019 di Ibu Pejabat APM Sungai Merab, hari ini.

Ibu pejabat APM baharu itu dibina bagi menggantikan ibu pejabat lama di Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur yang akan diserahkan secara sepenuhnya kepada Pejabat Pertahanan Daerah Kuala Lumpur setelah beroperasi sejak 1952.

Sementara itu, Roslan mengucapkan tahniah kepada 33 daripada 180 pegawai dan anggota APM yang menyertai ujian pemilihan Paspa bermula sejak awal tahun lepas mengikut zon di seluruh negara, yang berjaya melepasi tapisan ujian tersebut dengan cemerlang.

Kursus latihan kemahiran Paspa dijadual bermula hari ini sehingga 24 Ogos, melibatkan pelbagai latihan kemahiran khas antaranya meliputi latihan kecergasan, modul pengurusan bencana serta modul mencari dan menyelamat. - Bernama

Artikel Berkaitan: