'Jangan kelirukan rakyat'

Nik Marhalim
Nik Marhalim
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) menggesa mana-mana pemimpin tidak sesekali mengeluarkan kenyataan mengelirukan masyarakat umum terutamanya di Dewan Rakyat.

Ketua penerangannya, Nik Marhalim Mohd Bakri berkata, ia termasuklah kenyataan prejudis yang disifatkan sebagai tindakan pramatang.

"Mengeluarkan kenyataan di Dewan Rakyat yang mulia sebagai contoh iaitu membuat pernyataan prasangka seperti kerajaan merompak duit GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) dan seumpamanya adalah langkah yang tidak bijak.

"Tindakan ini juga secara tidak langsung memberi gambaran buruk terhadap pelabur asing dan dalam masa yang sama memberi kesan terhadap FDI (pelaburan langsung asing) negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, laporan PAC mengesahkan tiada 'rompakan' berlaku dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) merumuskan tiada kehilangan wang RM19.4 bilion hasil kutipan GST.

"Hasil GST yang tidak dipindahkan ke Kumpulan Wang Pembayaran Balik GST sudah digunakan untuk membiayai perbelanjaan pengurusan dan pembangunan.

"Langkah populis dengan memburuk-burukkan pentadbiran lama juga harus dihindarkan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau sehubungan itu menegaskan kerajaan menumpukan usaha dalam soal pentadbiran melalui penambahbaikan bagi menangani ketirisan dan memastikan integriti diletakkan di kedudukan tertinggi dalam pentadbiran kerajaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Laporan Audit: PAC panggil tujuh kementerian

Guan Eng mesti dihadap ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen: Tok Mat

GST: Polis perlu siasat Guan Eng, kata KJ