Mattis diarah letak jawatan lebih awal

Jim Mattis diarah letak jawatan awal dua bulan. - Foto CNBC
Jim Mattis diarah letak jawatan awal dua bulan. - Foto CNBC
A
A
A

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT . Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengarahkan Setiausaha Pertahanan, Jim Mattis, melepaskan jawatannya dua bulan lebih awal, gara-gara menentang dasar luar presiden itu.

Trump mahu Mattis melepaskan kedudukannya mulai 1 Januari ini, berbanding tarikh 28 Februari yang dinyatakan dalam surat peletakan jawatan minggu lalu.

Jutawan hartanah itu dikatakan mengeluarkan arahan terbabit kerana berang dengan tindakan Mattis, yang menegurnya tentang keputusan menarik balik tentera negara itu dari Syria, selain merancang untuk berundur dari Afghanistan. - Reuters

Artikel Berkaitan: