Bot nelayan langgar syarat lesen ditahan

Awak-awak yang ditahan bersama hasil laut yang telah 'dikaut' ketika melakukan aktiviti menangkap ikan di kawasan yang tidak dibenarkan.
Awak-awak yang ditahan bersama hasil laut yang telah 'dikaut' ketika melakukan aktiviti menangkap ikan di kawasan yang tidak dibenarkan.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan sebuah bot nelayan yang berada 17 batu nautika dari muara Kuala Terengganu jam 1.35 petang semalam atas kesalahan melanggar syarat lesen yang dikeluarkan.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, bot nelayan tempatan jenis kelas C itu telah dikesan melakukan aktiviti menangkap ikan di kawasan yang tidak dibenarkan.

Katanya, seramai empat awak-awak termasuk tekong warganegara Thailand berusia antara 26 hingga 50 tahun turut ditahan dalam rondaan yang dilakukan sempena Ops Naga Barat itu.

“Bot itu telah ditunda ke jeti Maritim Terengganu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 8 (b) 1985 Akta Perikanan kerana menangkap ikan di bawah kawasan yang dibenarkan mengikut syarat lesen.

“Jika sabit kesalahan, pemilik bot boleh dikenakan kompaun atau denda maksimum RM1,000,” katanya menerusi satu kenyataan dikeluarkan, hari ini.

Bot nelayan tempatan jenis kelas C dikesan melakukan aktiviti menangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan.
Bot nelayan tempatan jenis kelas C dikesan melakukan aktiviti menangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan.

Menurutnya, APMM Terengganu kini giat mengadakan Ops Naga bersama jabatan lain bagi membanteras pencerobohan nelayan asing di perairan negara.

“Rondaan dan pemantauan akan terus ditingkatkan untuk mencegah sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang Maritim. Usaha ini memerlukan kerjasama ramai melaporkan sebarang maklumat dan salah laku yang berlaku.

Artikel Berkaitan:

“Kita juga tidak berkompromi terhadap kesalahan menangkap ikan oleh bot-bot nelayan jenis tunda berdekatan pesisiran pantai,” katanya.

Dalam perkembangan sama, katanya, operasi Maritim Terengganu dan Zon Maritim Kemaman pada Januari hingga Julai 2019 menunjukkan sebanyak 972 buah vesel telah diperiksa dengan 39 daripadanya bersangkut kes yang membabitkan anggaran rampasan sebanyak RM50 juta.

"Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan terus ke talian Sistem Perkhidmatan Kecemasan Malaysia (MERS 999) atau 09-6224357 (Pusat Operasi) Maritim Negeri Terengganu," katanya.