Rihana Oksana dicerai talak tiga?
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Sekeping sijil perceraian menunjukkan wanita Rusia Rihana Oksana Gorbatenko, 26, sah diceraikan talak tiga, lapor sebuah portal berita.
Menurut sijil perceraian yang dipercayai didaftarkan 1 Julai lalu selepas proses perceraian Rihana bertarikh 22 Jun di Singapura.
Memetik laporan Astro Awani, sijil penceraian yang dilengkapi dengan nombor siri itu turut menyatakan perceraian itu sudah mendapat kelulusan daripada Mahkamah Syariah.
Model jelita yang dinobatkan sebagai Ratu Moscow 2015 itu dipercayai melangsungkan perkahwinan pada November 2018, lapor portal berita berpusat di United Kingdom, Daily Mail.
Sementara itu, media Moscow yang turut dipetik Daily Mail melaporkan perkahwinan Rihana bergolak pada 24 Januari lalu.
Dalam pada itu, beberapa sumber turut mempertikaikan hantaran Instagram Rihana sejak kebelakangan ini.
Ini kerana hantaran Instagram yang menceritakan kisah-kisah kehidupannya tidak disertakan bersama gambar-gambar baharu Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput
26 April 2024 03:30pmSultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin di Pangkalan TLDM
26 April 2024 02:05pmAnwar bersalaman dengan warga KPT semasa menghadiri majlis Riang Ria Raya KPT hari ini. Foto BernamaCendekiawan 'sederhana' tak harus dibawa masuk sebagai profesor pelawat - PM
26 April 2024 01:54pmAgong, Raja Permaisuri zahir ucapan ulang tahun keputeraan kepada Sultan Mizan
26 April 2024 12:34pmPeniaga maut dibunuh sekumpulan lelaki berparang
25 April 2024 09:26pmKanak-kanak maut jatuh kondominium ketika ibu keluar ambil kakak di sekolah
25 April 2024 05:13pm'Lepas ni dah tak dengar abang cakap terima kasih sayang' - Siti Aisyah
25 April 2024 04:44pmIndonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
26 April 2024 06:57amHina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
25 April 2024 04:29pm