Jenazah dua beradik mangsa kebakaran selamat dikebumikan

Mohd Fakrul Khair Bahrin,41 dan Serihayati Ngainan,48, menyiram air dan menabur bunga ke atas pusara kedua-duanya yang telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Endah. - FOTO ROSLI TALIB

A
A
A

KUALA LANGAT - Jenazah dua beradik yang maut dalam kebakaran rumah di Jalan Utama, Kampung Endah, Kuala Langat selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam At-Toyyibin, Kampung Endah di sini petang tadi.

Terdahulu, jenazah, Nur Salsabila Mohd Fakrul Khair, 15 dan adiknya Nur Ain Sumayyah, 13, disembahyangkan di Masjid At-Toyyibin, Kampung Endah.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua beradik maut dalam kebakaran di Banting

Mayat dua beradik dalam satu bilik

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu kedua beradik ini terperangkap dalam kebakaran rumahnya.

Rumah berkenaan didiami lima sekeluarga dan ketika kejadian hanya dua beradik berkenaan ada dalam rumah, abang mangsa di luar untuk makan manakala ibu bapa di Pelabuhan Klang untuk membekal makanan kepada petugas kebakaran kilang.

Jenazah kedua-dua beradik selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Endah. - FOTO ROSLI TALIB
Jenazah kedua-dua beradik selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Endah. - FOTO ROSLI TALIB

Artikel Berkaitan: