Dua beradik maut dalam kebakaran di Banting

Rumah musnah selepas terbakar dalam kejadian di Kampung Indah, Banting hari ini.
Rumah musnah selepas terbakar dalam kejadian di Kampung Indah, Banting hari ini.
A
A
A

BANTING - Dua beradik meninggal dunia selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Indah di sini pagi tadi.

Nur Salsabila Mohd Fakrul Khair, 16, dan Nur Ain Sumayyah Mohd Fakrul Khair, 13, ditemukan telah meninggal dunia sewaktu operasi menyelamat dilakukan.

Kereta di parkir berhampiran lokasi kejadian turut musnah.
Kereta di parkir berhampiran lokasi kejadian turut musnah.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, bilik gerakan menerima panggilan kebakaran jam 2.48 pagi.

"Pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tiba ke lokasi jam 3.03 pagi.

"Kebakaran melibatkan sebuah rumah kelas C berkeluasan 1,200 kaki persegi yang terbakar sepenuhnya," katanya.

Artikel Berkaitan: