Perkahwinan ayam...

Gambar perkahwinan Mr dan Mrs Mayflower itu menjadi tular
Gambar perkahwinan Mr dan Mrs Mayflower itu menjadi tular
A
A
A

TEXAS - AMERIKA SYARIKAT. Seorang jurukamera telah menjadi tular kerana menganjurkan 'perkahwinan' dua ekor ayamnya.

Erin Bankston, 40, dari Fort Worth di Texas memutuskan untuk mengadakan majlis itu selepas melihat 'kemesraan' pasangan Mr dan Mrs Mayflower.

Ibu kepada tiga anak menghabiskan banyak masa membuat persiapan malah turut menyediakan tuksedo untuk ayam jantan dan kalung mutiara serta gaun berwarna putih untuk pasangannya.

Selepas memuat naik foto perkahwinan itu di Facebook, Erin telah menerima maklum balas positif daripada pencinta haiwan yang suka dengan idea unik tersebut.

Kini, wanita itu menggunakan kemasyhuran untuk meningkatkan kesedaran tentang layanan manusia terhadap haiwan.

Erin turut membuka halaman di media sosial yang khusus untuk berkongsi tentang kisah pengembaraan Mayflower dan haiwan lain malah dia juga merancang untuk menulis buku.

"Saya selalu cuba untuk meningkatkan kesedaran tentang cara berperikemanusiaan melayan haiwan. Jadi, mereka terutamanya kanak-kanak boleh belajar bagaimana menyayangi haiwan pada usia muda," jelasnya.

Difahamkan, Erin dan keluarganya menyelamatkan Mr Mayflower pada Mei 2017 selepas ia ditinggalkan di sebuah ladang ayam dengan keadaan kakinya yang patah. - Daily Mail

Artikel Berkaitan: