Pelantikan Najib tak cacatkan BN: Ku Li

Tengku Razaleigh (kanan) mendengar soalan diajukan penonton pada program Bicara Bersama Tokoh bertajuk Masa Depan Politik Melayu anjuran Gagasan Melayu Perak di Dewan Safari Resort Sungai Perak malam tadi.
Tengku Razaleigh (kanan) mendengar soalan diajukan penonton pada program Bicara Bersama Tokoh bertajuk Masa Depan Politik Melayu anjuran Gagasan Melayu Perak di Dewan Safari Resort Sungai Perak malam tadi.
A
A
A

KUALA KANGSAR - Pelantikan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Penasihat Barisan Nasional (BN) tidak akan mencacatkan parti.

Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, keputusan melantik Ahli Parlimen Pekan itu tidak akan menjejaskan BN kerana Najib tidak boleh membuat keputusan.

Menurutnya, beberapa nasihat yang diberikan setiap hari menerusi Facebook boleh digunapakai.

"Pelantikan Najib itu ok apa salahnya. Tak menjejaskan BN. Dia bukan jadi pengerusi cuma penasihat sahaja. Dia pun dah bagi nasihat hari-hari dan dia sangat berguna.

"Saya setuju (pelantikan Najib). Tak ada halangan, tak cacat pun," katanya selepas menyampaikan syarahan dalam program Bicara Bersama Tokoh bertajuk Masa Depan Politik Melayu anjuran Gagasan Melayu Perak di Dewan Safari Resort Sungai Perak di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai pelantikan Najib sebagai Penasihat BN seperti yang diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Tengku Razaleigh (tengah) bersama hadirin pada program Bicara Bersama Tokoh bertajuk Masa Depan Politik Melayu anjuran Gagasan Melayu Perak di Dewan Safari Resort Sungai Perak malam tadi.
Tengku Razaleigh (tengah) bersama hadirin pada program Bicara Bersama Tokoh bertajuk Masa Depan Politik Melayu anjuran Gagasan Melayu Perak di Dewan Safari Resort Sungai Perak malam tadi.

Sebelum ini, Tengku Razaleigh tidak menolak kemungkinan budaya dan pengaruh ‘warlords’ kembali menguasai UMNO susulan pelantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN).

ARTIKEL BERKAITAN: Ku Li tak tolak budaya 'warlords' wujud selepas lantikan Najib

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Tengku Razaleigh mengakui menerima kunjungan Ahmad Zahid bersama Jawatankuasa Pengurusan UMNO pada 11 Julai lalu bagi membincangkan perihal parti.

"Dalam pertemuan itu, saya nak bentang permasalahan yang dihadapi UMNO untuk pengetahuan biro politik dan bagaimana kita dapat cuba susun semula keadaan dalam UMNO itu sahaja," katanya.

Pada 11 Julai lalu, Ahmad Zahid memuat naik beberapa gambar pertemuan di antara Tengku Razaleigh bersama Jawatankuasa Pengurusan UMNO di laman Facebook beliau.

Ahmad Zahid turut menjelaskan pertemuan tersebut bagi berbincang dan bertukar-tukar pandangan mengenai isu semasa negara serta usaha memperkasakan parti.