Serangan hotel di Somalia ragut 26 nyawa

Orang ramai berkumpul di lokasi serangan bom kereta di Mogadishu yang didalangi militan Al-Shabaab tahun lalu.
Orang ramai berkumpul di lokasi serangan bom kereta di Mogadishu yang didalangi militan Al-Shabaab tahun lalu.
A
A
A

MOGADISHU - Sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh termasuk rakyat asing dalam serangan pengebom bunuh diri dan tembakan menyasarkan sebuah hotel terkenal di selatan Somalia, kata pegawai kanan serantau hari ini.

Serangan di Hotel Asasey di Kismayo itu turut mencederakan 56 yang lain.

Kumpulan militan Al-Shabaab mengaku mendalangi serangan tersebut.

Antara mangsa yang terbunuh ialah seorang wartawan Kanada berketurunan Somalia, Hodan Nalayeh. - AFP

Artikel Berkaitan: