Semua pihak perlu setuju sebelum calon Muhyiddin jadi TPM: Rina

Rina memukul gong sebagai gimik perasmian majlis Pertandingan Pidato Kenegaraan 2019 peringkat Wilayah Persekutuan di Kolej Profesional Baitulmal, di sini, hari ini.
Rina memukul gong sebagai gimik perasmian majlis Pertandingan Pidato Kenegaraan 2019 peringkat Wilayah Persekutuan di Kolej Profesional Baitulmal, di sini, hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Cadangan melantik Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri perlu mendapat persetujuan semua pihak dalam Pakatan Harapan (PH) sebelum ia dimuktamadkan.

Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Harun berkata, sesiapa sahaja boleh memberi cadangan dan mengemukakan pendapat masing-masing berhubung perkara tersebut.

Beliau berkata, namun di bawah Malaysia baharu ini, segala keputusan termasuk berkaitan siapa timbalan perdana menteri akan dibincangkan bersama.

Menurutnya, beliau bagaimanapun tidak menafikan kredibiliti dimiliki Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri.

"Muhyiddin sangat berpengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan dan pernah menjadi menteri, menteri besar serta menggalas tugas sebagai bekas timbalan perdana menteri," katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis Pertandingan Pidato Kenegaraan 2019 peringkat Wilayah Persekutuan di Kolej Profesional Baitulmal, di sini hari ini.

Rina (tengah), Pengarah Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan, Erwin Khairul Ahmad (dua, kanan) dan Rektor Kolej Profesional Baitulmal, Profesor Datuk Dr Noor Inayah Ya'akub (tiga, kiri) bergambar bersama pemenang serta kesemua peserta Pertandingan Pidato Kenegaraan 2019 peringkat Wilayah Persekutuan di Kolej Profesional Baitulmal, di sini, hari ini.

Terdahulu, Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Husam Musa mencadangkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil pemimpin Melayu daripada parti bukan PKR iaitu Muhyiddin sebagai timbalan perdana menteri.

Husam turut menyifatkan gandingan Anwar dan Muhyiddin sebagai kombinasi terbaik serta akan mengamankan peralihan kuasa jika kedua-dua mereka dilantik sebagai perdana menteri dan timbalan perdana menteri.

Artikel Berkaitan:

Ketika mengulas mengenai gandingan Muhyiddin dan Anwar yang dikatakan sebagai kombinasi terbaik, Rina turut mengakui perkara itu.

"Saya kira mereka pernah bersama sebelum ini menjadi rakan dalam pentadbiran, sudah pasti segala pengalaman yang mereka ada akan digunakan untuk kebaikan negara, " katanya.