Padah sembunyi parang dalam kereta

Parang panjang yang disembunyikan suspek di dalam bonet kereta.
Parang panjang yang disembunyikan suspek di dalam bonet kereta.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tindakan dua lelaki menyembunyikan sebilah parang panjang di dalam kereta mereka mengundang padah apabila mereka dicekup polis kira-kira jam 2.30 pagi, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, kedua-dua suspek berusia lingkungan 30-an itu ditahan dalam keadaan mencurigakan di Jalan Temenggong 8 dekat Taman Ungku Tun Aminah di sini.

"Hasil pemeriksaan polis menemukan sebilah parang panjang berukuran 63 sentimeter yang diletakkan di dalam bonet kenderaan tersebut.

"Kedua-dua suspek ditangkap dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara untuk tindakan lanjut," katanya.

Mohd Taib berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berjadual 1958.

Artikel Berkaitan: