Sistem bidaan JPJeBid diperluas di Kedah

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan sistem bidaan nombor pendaftaran kenderaan dalam talian JPJeBid diperluaskan ke Kedah untuk bidaan bagi siri KET, kata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, bidaan bagi nombor pendaftaran KET dibuka selama lima hari bermula 12 tengah malam ini.

Katanya, harga bidaan menerusi JPJeBid adalah mengikut harga minimum yang ditetapkan iaitu RM20,000 bagi nombor bernilai utama, RM3,000 bagi nombor utama, RM800 bagi nombor popular dan RM300 bagi nombor biasa.

"Tawaran bidaan terbuka kepada warganegara Malaysia dan penduduk tetap berumur 18 tahun ke atas serta syarikat berdaftar," katanya dalam kenyataan hari ini..

Kaedah pembayaran bidaan menerusi sistem ini boleh dibuat menggunakan kad kredit atau kad debit tempatan sahaja.

Beliau berkata pembida boleh membida seberapa banyak nombor yang diminati dengan bayaran fi perkhidmatan RM10 bagi setiap nombor yang dibida namun setiap individu hanya layak memenangi maksimum tiga nombor kenderaan manakala bagi syarikat pula tidak lebih lima nombor kenderaan sahaja.

Projek rintis sistem JPJeBid dilaksana bagi nombor pendaftaran khas untuk Putrajaya iaitu FC pada April lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan: