Konvoi sempena 61 tahun penubuhan

A
A
A

MASJID TANAH - Seramai 20 penunggang motosikal berkuasa tinggi menyertai konvoi bersejarah julung kali diadakan sempena sambutan ke-61 tahun penubuhan Rejimen Artileri Diraja (RAD) di Kem Terendak, di sini.

Ketua Konvoi, Leftenan Kolonel Norazman Ismail berkata, perjalanan dimulakan dari Rejimen Pertama Artileri Diraja (Para), Kem Terendak seterusnya akan menjelajah mengunjungi pasukan-pasukan Rejimen Artileri Diraja di Semenanjung Malaysia.

"Antara yang dikunjungi adalah 3 RAD (Taiping, Perak), 52 RAD (Sungai Petani, Kedah), 5 RAD (Kelantan), 7 RAD (Temerloh), 21 RAD (Gemas, Negeri Sembilan) dan dijangka berakhir di 61 RAD (Kluang, Johor) pada 25 Disember ini.

"Konvoi ini disertai oleh warga RAD yang masih berkhidmat dan telah bersara dari perkhidmatan dengan diiringi sebuah pacuan empat roda sebagai kenderaan sokongan," katanya selepas majlis perasmian ‘Jelajah 61 Tahun RAD’ yang disempurnakan Komander Artileri 3 Divisyen, Brigedier Jeneral Ahmad Abu Bakar.

Jelasnya, objektif penganjuran konvoi tersebut bagi memberi peluang kepada peserta mendekati warga RAD di pasukan-pasukan dan mengimbau kenangan sepanjang perkhidmatan di setiap destinasi persinggahan.

"Dapat memupuk semangat ‘espirit de corps’ atau semangat berpasukan bagi setiap peserta yang merupakan asas penting dalam memupuk kerjasama warga tentera," katanya.

Artikel Berkaitan: