X

Kindly register in order to view this article
!

Suami, isteri dan anak dalam kandungan maut kemalangan

Keadaan di tempat kejadian yang dikongsi orang ramai di Facebook.
A
A

PASIR MAS - Sepasang suami isteri serta anak dalam kandungan berusia lima bulan maut selepas motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah Perodua Myvi di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang berhampiran simpang tiga ke Hospital Pasir Mas di sini hari ini.

Pasangan tersebut Mohd Ikhram Ab Azit, 22, dan Nur Syafiqah Jaafar,22, maut di tempat kejadian selepas difahamkan mengalami kecederaan parah.

Bagaimanapun, pemandu Perodua Myvi Azlan Nasir, 27, cedera parah.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohamed Piah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.45 pagi.

Kereta yang dipandu oleh Azlan terbabas.
Kereta yang dipandu oleh Azlan terbabas.

"Siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Perodua Myvi dari arah Rantau Panjang ke Pasir Mas dikatakan cuba memotong kenderaan lain di laluan berkenaan.

"Tetapi kenderaan itu gagal menyebabkan kedua-dua kenderaan tersebut bertembung," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

AKAN MENYUSUL


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!