Najib sudah ada calon anggotai Lembaga Penasihat BN

Gambar dikongsikan Najib di laman Facebook miliknya. - FOTO FACEBOOK NAJIB RAZAK
Gambar dikongsikan Najib di laman Facebook miliknya. - FOTO FACEBOOK NAJIB RAZAK
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak akan menamakan beberapa individu bagi membantu beliau menjalankan tanggungjawab dalam menerajui jawatan baharu parti itu.

Najib berkata, perbincangan akan dibuat bersama pemimpin utama ketiga-tiga komponen parti bagi menentukan perkara itu.

“Saya akan bincang dengan Pengerusi BN Presiden MCA dan MIC dalam masa terdekat tentang pelantikan beberapa anggota lembaga bagi membantu saya menjalankan tugas sebagai penasihat.

“Sekurang-kuranganya perlu tiga orang, mungkin kalau perlu kita akan tambah lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Najib dilantik Pengerusi Lembaga Penasihat BN

“(Nama calon) ada dalam kepala tetapi belum rujuk kepada orang berkenaan,” katanya ditemui selepas Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di sini hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN selepas keputusan sebulat suara itu dibuat oleh Dewan Tertinggi BN malam ini.

Pelantikan itu dibuat sebagai usaha untuk mengembalikan semula sokongan rakyat kepada parti berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Najib berkata, kepercayaan yang diberi itu disifatkan sebagai satu penghormatan dan menjadi tanggungjawab besar buat dirinya untuk memulihkan kembali BN.

Katanya, BN akan terus diperkasakan berdasarkan kepada piagam baharu yang dijangka akan dilancarkan pada konvensyen gabungan itu pada September depan.

“Beberapa keputusan strategi telah kita buat pada malam ini termasuk bagaimana BN sebagai parti boleh menampilkan imej kepelbagaian bangsa, budaya dan agama supaya semua akan lihat bahawa BN ini melambangkan pencerminan masyarakat majmuk Malaysia tetapi tetap berpandu pada perlembagaan negara kita.

“Kita juga memberi tumpuan kepada orang muda, bagaimana kita boleh menarik lebih ramai lagi ahli kepada BN dan bagaimana BN di peringkat akar umbi boleh memperhebatkan lagi program-program bersama yang kini kita sedar menjadi kekurangan kita,”katanya.