Tuk Mad kena sabar

No Image Caption
A
A
A

TERLEBIH dahulu, Awang nak bagi ucapan tahniah pada Tuk Seri Zahid Hamidi yang umum dia nak pimpin UMNO semula. Dia “cuti” sejak 18 Disember tahun lepas. Tugas “menjalankan kerja Presiden” diberikan pada Tuk Mad Hasan, mantan Menteri Besar Negeri Sembilan.

Maka berkeliling Malaya serta Sabahlah Tuk Mad kita sebagai orang yang diberi amanah jaga UMNO. Tuk Mad ni orang lembut, baik dan banyak sabar. Dengarnya ahli parti suka sangat cara Tuk Mat. Cakap berhemah, pandai guna pantun, peribahasa dan pepatah serta petitih. Dia menyindir dalam senyum, menegur dalam lembut.

Dia pun dah berikan kemenangan tiga pilihan raya kecil semasa dia memimpin UMNO dan BN. UMNO pun nampaknya dah stabil sekarang. Semangat pun dah kuat. Akar umbi dengarnya bukan main bersemangat dengan arah baharu yang dibawa oleh Tuk Mad. Ada yang kata cara Tuk Mad lebih sesuai sekarang untuk UMNO. Cara gedebe tak sesuai lagi. UMNO bukan parti yang berkuasa lagi. Kenalah cara lembut, cara pujuk dan cara halus.

Dalam UMNO ada yang tak senang dengan cara Tuk Mad. Populariti Tuk Mad dengarnya menjadi ancaman pada puak-puak tertentu dalam parti. Makin popular Tuk Mad, makin terancam puak-puak itu. Awang dengar, memang ada puak yang mahu Tuk Mad undur daripada memimpin parti.

Awang harap Tuk Mad jangan kecewa. Buat kerja macam biasa. Dalam parti macam UMNO banyak warlords. Mereka pentingkan diri daripada parti. Biar parti kalah pilihan raya asal kepentingan mereka terjaga. Mereka sanggup sabotaj calon UMNO asalkan matlamat mereka tercapai.

Awang minta Tuk Mad bersabar. Akan ada masanya Tuk Mad diperlukan semula untuk memimpin UMNO.

Artikel Berkaitan: