Malangnya ada orang ambil serius: Nabila Razali

Nabila Razali
Nabila Razali
A
A
A

PENYANYI, Nabila Razali tidak menyangka pembabitannya dalam program realiti hiburan I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) musim kedua, diambil serius oleh sebilangan netizen, baru-baru ini.

Ketika dihubungi, penyanyi Vroom Vroom itu berkata, dia hanya ditugskan sebagai artis jemputan bagi mengenal pasti siapakah sebenarnya penyamar bersuara sumbang dalam kalangan penyanyi-penyanyi misteri terbabit.

“Malangnya ada orang terlalu ambil serius. Saya faham ada beberapa pilihan saya audiens marah apabila menyingkirkan penyanyi sebenar sedangkan saya sendiri pun tak tahu itu suara dia.

“Kalau saya tahu, takkan saya berbuat demikian sebab mereka ada bakat menyanyi.

“Bila difikirkan semula serba salah saya kerana menyingkirkan individu yang betul-betul ada bakat.

“Bukannya saya nak suka-suka buat macam itu, berat juga hati nak menyingkirkan bagaimanapun itu sudah tugas saya dalam membuat pilihan,” jelasnya.

Nabila Razali
Nabila Razali

Sungguhpun begitu, Nur Nabila Mohd Razali atau lebih dikenal Nabila Razali, 27, pada penghujung rancangan Nabila berjaya membuat pilihan dalam menentukan penyanyi sebenar.

Artikel Berkaitan:

“Alhamdulillah di penghujung program saya berjaya juga buat pilihan yang terbaik, dia betul-betul boleh menyanyi.

“Pada awalnya saya sangka dia adalah penyamar tetapi satu kejutan kepada saya sebab dia berbakat besar.

“Saya doakan yang terbaik untuk perjalanannya jika bidang nyanyian ini menjadi piilihan adik itu sebagai kerjayanya nanti.

“Sementelah itu terima kasih juga kepada panelis yang membantu saya dalam meyakinkan lagi keputusan saya untuk membuat pilihan,” akhirinya.

Program yang mengambil konsep dan format program asal dari Korea Selatan oleh CJ ENM itu, menampilkan penyanyi misteri bersama barisan artis jemputan tanah air sepanjang 13 minggu bersiaran dan dihoskan oleh dua pengacara Shuk dan Sean Lee.

Manakala tugas penyiasat tetap digalas oleh Jihan Muse, Mark Adam dan Seelan Paul.