83 bakal haji DUN Sura dirai

Wan Hapandi menyampaikan sumbangan kepada bakal jemaah haji DUN Sura.
Wan Hapandi menyampaikan sumbangan kepada bakal jemaah haji DUN Sura.
A
A
A

DUNGUN - Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sura meraikan dan menyampaikan sumbangan tunai kepada seramai 83 orang bakal haji dari kawasan itu.

ADUN Sura, Wan Hapandi Wan Nik berkata, majlis itu merupakan program tahunan sebelum Pas menang di Terengganu lagi.

Menurutnya, tujuan mengadakan majlis ini bagi berkongsi kegembiraan apabila seramai 83 dalam kalangan jemaah dari tempat ini dapat menunaikan haji.

“Dalam majlis ini, kami turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada setiap bakal haji dan saya mendoakan segala urusan mereka dipermudahkan dan diberkati dengan mendapat gelaran haji mabrur di sisi ALLAH SWT,” katanya pada Majlis Meraikan Bakal Jemaah Haji Tahun 1440H di Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin di sini.

Beliau turut menasihatkan para jemaah haji agar sentiasa menjaga kesihatan sepanjang berada di bumi barakah dan menjaga peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Tabung Haji.

"Di sana bakal jemaah akan merasai cabaran ibadat haji yang sebenar-benarnya dan jutaan umat Islam dari seluruh dunia akan berada di tempat yang sama.

"Jemaah haji perlu menjaga kesihatan bermula dari sekarang, lakukan senaman ringan, dapatkan rehat yang secukupnya dan ikutlah nasihat doktor dalam penjagaan kesihatan termasuk makan ubat agar kekal sihat sebelum berlepas ke Tanah Suci," katanya.

Artikel Berkaitan: