Dua rakan ditahan edar setengah kilo dadah

No Image Caption
A
A
A

TAIPING - Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun ditahan polis dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah, semalam.

Serbuan sekitar jam 4.10 pagi di sebuah rumah di Taman Sungai Mas di sini turut menahan seorang lagi lelaki berusia 22 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, R Ravi Chandran berkata, kedua-dua suspek ditahan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping.

"Hasil pemeriksaan berjaya menemui dadah jenis heroin seberat 500g dan syabu satu gram bernilai RM30,150.

"Siasatan lanjut mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah," katanya.

Menurutnya, ujian saringan awal mendapati mereka positif dadah dan direman selama enam hari untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati," katanya.

Artikel Berkaitan: