Gugup punya pasal, mas kahwin RM200 jadi RM2

Nora dan suaminya, Mohd Haris Mahat. - FOTO MILIK NORA ABD KADER
A
A

MAS Kahwin RM200 jadi RM2 akibat pengantin lelaki tersasul semasa terima akad nikah di hadapan tok kadi.

Itu mungkin pengalaman yang boleh disimpan sebagai satu memori paling manis bagi pengantin perempuan, Nora Abd Kader, 27, dan suaminya, Mohd Haris Mahat, 28.

Video itu dimuat naik oleh pengantin perempuan sendiri di Facebook miliknya Ungu Violet semalam.

'Aku terima nikah Nora... dengan mas kahwinnya, RM2 tunai'.

Adaaa oranggg tu gugup punyaa pasal, mas kahwin RM200 terusss jadi RM2.00... Penat kitaaa gubah sireh junjung dgn mas...

Posted by Ungu Violet on Saturday, July 6, 2019

"Ada orang itu gugup punya pasal, mas kahwin RM200 terus jadi RM2.00... Penat kita gubah sireh junjung dengan mas kahwin itu bentuk bunga-bunga, dia boleh buat lawak pulak... hai laki aku," tulis pengantin perempuan di Facebooknya itu.

Pengantin perempuan, Nora berkata kepada Sinar Harian Online, majlis pernikahannya berlangsung pada 21 Jun lalu di Surau Al Hijrah Bandar Sunggala, Port Dickson namun baharu memuat naik video itu kerana menerimanya, semalam

Bercerita lanjut, Nora berkata, dia terus memarahi suaminya itu kerana jarak mereka berdua dekat sahaja, tetapi ditenangkan ahli keluarga yang lain kerana memahami perasaan gugup pengantin lelaki.

"Saya tak tunggu... Masa itu juga marah dia, cakap eeee serius lah nak kahwin pun main-main dengan nada marah, tetapi ahli keluarga yang ada semua suruh bertenang.

"Alhamdulillah, kali kedua, baharulah akad nikah itu sah," katanya.

Ceritanya lagi, apabila majlis selesai baharu dia sedar suaminya itu mungkin bersedih kerana ibu mertua tidak dapat hadir kerana kurang sihat.

Namun dia bersyukur kerana majlis tersebut berjalan lancar dan minggu ini majlis di pihak lelaki pula.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia