Penyatuan orang Melayu penting dalam politik

Samsuri Awang Mat
Samsuri Awang Mat
A
A
A

TANAH MERAH - Penyatuan orang-orang Melayu dalam Parti Bersatu seperti yang dicadangkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah suatu perkara baik namun hampir mustahil menjadi kenyataan.

Aktivis Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kelantan, Samsuri Awang Mat berkata, ini kerana Bersatu itu sendiri berada di dalam kandang yang di musuhi oleh parti Pas dan UMNO.

"Umum sudah mengetahui bahawa Pas adalah musuh kepada Amanah dan UMNO juga bermusuh dengan DAP.

"Ahli-ahli parti ini tidak mungkin sama sekali datang beramai-ramai menyahut seruan Dr Mahathir kerana mereka juga tahu bahawa Pas dan UMNO lebih besar dan ramai ahlinya berbanding Bersatu.

"Saya rasa seruan Dr Mahathir ini boleh menjadi kenyataan apabila Bersatu keluar dari PH dan bergabung dengan Pas dan UMNO serta membentuk parti Melayu yang kukuh," katanya ketika di temui selepas mesyuarat di Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) di sini semalam.

"Kalau kita lihat sekarang penyatuan dan gabungan Pas dan UMNO berjalan lancar di setiap tempat, sekarang mereka sudah boleh duduk semeja membincangkan isu yang sama dan saling sokong menyokong.

"UMNO dan Pas sudah tidak lagi bercekak pinggang dan menuding jari menegakkan hujah, tapi bertepuk meja tanda puas hati menyokong isu yang sama berkaitan agama, ekonomi, bangsa dan negara.

Artikel Berkaitan: