Orang Melayu tak perlu masuk Bersatu: Ahmad Zahid

Ahmad Zahid -Foto Sinar Harian
A
A

SHAH ALAM – Kerjasama dengan Pas lebih baik untuk menyatukan orang Melayu berbanding menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut beliau, parti terbesar Melayu hanya UMNO dan Pas.

“Orang Melayu tidak perlu ke Bersatu. Parti terbesar Melayu hanya UMNO dan Pas.

“Agenda Ta’awun Siyasi UMNO-Pas jauh lebih penting untuk penyatuan ummah dan melampaui kepentingan politik,” katanya di Twitter.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempelawa parti-parti Melayu menyertai Bersatu.

ARTIKEL BERKAITAN: Melayu berpecah macam mana nak menang?

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu semalam mempelawa semua parti politik Melayu termasuk UMNO menyertai Bersatu bagi menguatkan kuasa politik kaum majoriti itu.

Beliau berkata, penyatuan itu penting kerana Melayu kini sudah terbahagi dan berpecah kepada enam parti.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia