Mat Nadzari, Megat Zulkarnain kukuh semula UMNO Selangor

Rizam
Rizam
A
A
A

SABAK BERNAM - Pemuda UMNO Selangor menyifatkan pelantikan Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan sebagai pengerusi UMNO Selangor yang baharu dan Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin sebagai Timbalan Pengerusinya memberikan impak besar kepada parti berkenaan.

Ketuanya, Rizam Ismail berkata, kedua-dua pemimpin itu mampu memikul tanggungjawab besar, apatah lagi mereka memiliki semangat kental dalam usaha parti itu memartabatkan semula perjuangan ikhlas demi agama, bangsa dan negara.

"Pemuda UMNO negeri akan memberi sokongan padu kepada pengerusi dan timbalan pengerusi untuk merealiasikan impian setiap ahli akar umbi agar mereka terus berkerja kuat demi membela nasib rakyat serta memperkukuhkan UMNO," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Rizam yang juga ADUN Sungai Air Tawar berkata, pihaknya berharap seluruh ahli UMNO di negeri ini memberikan sepenuh sokongan terhadap pelantikan berkenaan.

"Kami mengucapkan sekalung tahniah kepada kepada mereka atas pelantikan tersebut.

"Semoga keikhlasan dan pengorbanan kita semua mendapat keberkatan dari ALLAH SWT," katanya.

Semalam, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan Mat Nadzari sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor yang baharu dan Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin sebagai Timbalan Pengerusinya.

Sebelum ini, bekas Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan beliau melepaskan jawatan disandang menerusi mesyuarat khas 5 April lalu.

Artikel Berkaitan:

Susulan itu, Mat Nadzari diarahkan kepimpinan parti memangku sementara jawatan tersebut sehingga calon baharu dilantik.

ARTIKEL BERKAITAN: Mat Nadzari dilantik Pengerusi UMNO Selangor