Mat Nadzari dilantik Pengerusi UMNO Selangor

Mat Nadzari
Mat Nadzari
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor baharu berkuat kuasa hari ini.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan jawatan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor akan disandang oleh Ketua UMNO Bahagian Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin.

"Pelantikan itu adalah selaras dengan fasal 12.5 Perlembagaan UMNO dengan turut mendapat persetujuan daripada Presiden parti.

"Pelantikan ini adalah berkuat kuasa serta merta sehingga tempoh Majlis Kerja Tertinggi 2018-2021," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menerusi mesyuarat khas 5 April lalu, bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa beliau melepaskan jawatan disandang.

Susulan itu, Mat Nadzari diarahkan oleh kepimpinan parti untuk memangku sementara jawatan tersebut sehingga calon baharu dilantik.

Artikel Berkaitan: