Doktor gigi terjatuh dari tingkat 22

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMASKINI] Sebuah pangsapuri di Jalan Kebun Teh di sini gempar susulan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan terlentang di koridor bahagian belakang pangsapuri berkenaan, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, pihaknya menerima makluman berhubung penemuan mangsa yang juga doktor gigi di sebuah hospital di daerah itu kira-kira jam 6.50 pagi.

"Siasatan awal mendapati lelaki berusia 33 itu dipercayai terjatuh dari tingkat 22 berdasarkan daripada kesan serta nota yang ditinggalkannya. Mayat mangsa ditemukan selepas seorang penghuni tingkat tujuh apartmen ternampak kelibat sesuatu jatuh.

“Susulan itu, pengawal keselamatan di apartmen itu menjalankan pemeriksaan dan menemukan mayat mangsa sebelum menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, polis juga membuat pemeriksaan di setiap tingkat selain menjumpai barang-barang dipercayai milik mangsa antaranya satu botol minuman keras, pisau kecil dan sarung tangan di tingkat 22.

“Dalam nota yang ditinggalkan, ada menyatakan yang lelaki berkenaan telah di tipu. Kita juga menemui sebilah pisau di dalam beg yang dipakainya dan kes ini dipercayai tidak melibatkan sebarang unsur jenayah,” katanya.

Artikel Berkaitan: