Cukai RM1.69b: Ini penjelasan Najib

Najib - Foto fail
Najib - Foto fail
A
A
A

MEREKA yang mendakwa saya tidak ubah seperti saya diletakkan sebagai seseorang dalam perlawanan tinju dengan tangannya diikat ke belakang.

Alhamdulillah dengan kuasa ALLAH rahmat ALLAH kerana ALLAH, kes saya semakin hampir dengan kebenaran.

Dalam perbicaraan kes SRC saya, mereka telah menghantar 17 dokumen yang mengandungi pemalsuan sebagai bukti mahkamah.

Selepas isu ini terbongkar di Mahkamah, terkeluar cerita hari ini bahawa saya disaman oleh kerajaan untuk membayar denda cukai sebanyak RM1.69 bilion.

Bulan Mac mereka tuntut RM1.47 bilion.

Selepas beberapa bulan, mereka naikkan lagi denda menjadi RM1.69 bilion.

Terlebih dahulu, saya tegaskan sekali lagi bahawa afidavit kerajaan PH sendiri telah membuktikan bahawa saya telah melaporkan dan membayar cukai LHDN setiap tahun tanpa gagal:

Inil adalah affidavit bagi notis kerajaan PH untuk lucut hak ke atas barang-barang yang disita dari rumah saya satu...

Artikel Berkaitan:

Posted by Najib Razak on Monday, May 20, 2019

Oleh itu, saya tak pernah lari cukai.

Laporan media hari ini juga memberi pecahan denda RM1.69 bilion.

Jika kita perhatikan, ianya jelas menunjukkan bahawa cukai ini dikenakan ke atas apa yang saya terima dari derma dan sumbangan luar negara dalam akaun saya.

Ini termasuk sumbangan dari Menteri Kewangan Arab Saudi dan putera Arab yang telah pun disahkan oleh pegawai bank dalam perbicaraan kes SRC.

Wang yang diterima sebagai derma sebenarnya tak dikenakan cukai.

Tapi PH masih mahu denda saya.

Wang dari sumber asing juga tidak sepatutnya dicukai.

Tapi PH masih mahu denda saya.

Dana politik tak boleh dicukai.

Tapi PH tetap mahu denda.

Kalau kita perhatikan juga, nilai denda cukai terbesar adalah untuk tahun 2013 di mana akaun saya menerima dana yang disebut RM2.6 bilion itu.

Pegawai bank juga telah pun sahkan dalam mahkamah bahawa dana ini telah dipulangkan kepada penghantar selepas 4 bulan diterima.

Wang diterima dari luar negara dan dihantar balik 4 bulan kemudian dalam tahun yang sama pun dikatakan oleh kerajaan PH adalah pendapatan (income).

Mahu denda pula.

Sejak PRU14, sudah terkeluar banyak bukti di mahkamah dan dari penjelasan-penjelasan penerima dana bahawa semua dana yang saya terima itu telah digunakan untuk projek kebajikan sama ada terus kepada rakyat atau program-program kebajikan melalui NGO dan parti politik.

Sebagai contoh, Jakel menjawab baru-baru ini di mana bayaran kepada mereka dari akaun saya adalah untuk membekalkan kain jubah bagi semua program-program amal (untuk imam, tahfiz dan termasuk 7 ribu masjid-masjid di seluruh negara dan untuk bekalan kain untuk mangsa-mangsa banjir antara tahun 2011 dan 2014).

Mereka yang mula heboh-hebohkan. Buat sidang akhbar umumkan saman sivil lucut hak. Lepas itu, ada beberapa pihak dari...

Posted by Najib Razak on Tuesday, July 2, 2019

Saya sumbang dan buat kerja kebajikan dan CSR, saya pula didenda.

Sepatutnya penggunaan dana untuk CSR boleh ditolak dari cukai tapi mereka tetap mahu denda saya.

Lagi menakjubkan ialah kerajaan PH telah dakwa saya di Mahkamah bahawa dana-dana yang saya terima itu adalah wang haram.

Tapi LHDN bawah kerajaan PH pula anggap ini bukan wang haram tetapi "pendapatan sah" yang perlu dicukai pula.

Takkan wang yang haram pun kerajaan PH mahu cukai?

Tapi kuasa ada ditangani mereka dan mereka boleh buat apa yang mereka suka.

Nak tuntut dan denda cukai melalui saman mahkamah memang hak mereka walaupun kes langsung tak masuk akal.

Apa yang kita boleh buat?

Kita hanya boleh mengupah peguam lagi dan menghabiskan masa bertahun-tahun untuk melawan dan menang di mahkamah.

PH salah guna kuasa untuk tujuan politik atau tidak?

Mereka zalim atau tidak?

Rakyat boleh menilai.

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK