Hanez Suraya selamat timang anak kedua

HANEZ SURAYA
HANEZ SURAYA
A
A
A

PELAKON Hanez Suraya selamat melahirkan anak perempuan keduanya secara normal di sebuah pusat perubatan, pada jam 9.11 pagi tadi.

Menerusi temu bual bersama mStar Online, Hanez memberitahu, dia dan bayi seberat 3.55 kilogram itu berada dalam keadaan sihat.

Malah Hanez juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakannya.

Hanez berkahwin dengan ahli perniagaan, Romie Razin Abd Rais pada 25 Mac 2015 dan dikurniakan anak perempuan, Puteri Aleesya, 4 tahun.

HANEZ SURAYA
HANEZ SURAYA

Artikel Berkaitan: