Ketua misi pantau gencatan senjata Hodeidah tiba di Yaman

Patrick Cammaert
Patrick Cammaert
A
A
A

SANAA - YAMAN. Ketua Misi PBB yang memantau pelaksanaan gencatan senjata di Hodeidah, Yaman tiba di lapangan terbang di Aden, hari ini.

Mejar Jeneral bersara dari Belanda, Patrick Cammaert akan meneruskan perjalanan ke Sanaa dan kemudiannya ke bandar pelabuhan Laut Merah itu selepas menyertai mesyuarat bersama pegawai kerajaan di Aden.

Kunjungan beliau ke negara bergolak itu dibuat selepas Majlis Keselamatan PBB (UNSC), semalam sebulat suara meluluskan penghantaran pasukan pemerhati untuk memantau gencatan senjata yang rapuh di Hodeidah.

Resolusi digubal Britain itu telah diterima pakai oleh 15 anggota UNSC selepas rundingan sukar selama seminggu.

Kandungan dokumen itu turut mengesahkan keputusan rundingan damai di Sweden baru-baru ini bertujuan untuk menamatkan konflik berlarutan selama empat tahun di negara tersebut.

Ia juga memberi kuasa kepada Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres untuk menubuhkan dan menghantar pasukan pemerhati tersebut dalam tempoh 30 hari. - Agensi

Artikel Berkaitan: