Empat atlet memanah UniSZA wakili Malaysia

Kontingen memanah bakal berlepas ke Napoli pada 5 Julai dan pasukan itu turut diwakili dua atlet UPM, seorang atlet dari UiTM dan seorang lagi dari Polisas.
Kontingen memanah bakal berlepas ke Napoli pada 5 Julai dan pasukan itu turut diwakili dua atlet UPM, seorang atlet dari UiTM dan seorang lagi dari Polisas.
A
A
A

SERAMAI empat atlet memanah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mewakili Malaysia bagi membawa cabaran negara di Kejohanan Sukan Universiti Dunia (30th Summer Universiade 2019) pada 2 hingga 14 Julai di Napoli, Itali.

UniSZA selaku Pusat Kecemerlangan Sukan (PKS) Memanah terlibat secara langsung dalam persediaan pasukan itu manakala Pengarah Pusat Sukan dan Rekreasi UniSZA, Riduan Mohamed Arof bertanggungjawab menguruskan pasukan.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Prof Madya Dr Afandi berkata, kejohanan dwi tahunan itu merupakan acara berprestij buat atlet universiti dan peluang diraih atlet UniSZA untuk mewakili negara di pentas tertinggi itu cukup membanggakan.

“Kita harap agar penglibatan empat atlet ini akan mengharumkan nama negara dan secara tidak langsung dapat menjadi sumber inspirasi kepada atlet-atlet lain di UniSZA supaya berusaha lebih gigih dan mempamerkan prestasi cemerlang bagi membuka peluang mereka terpilih untuk mewakili negara di masa akan datang," katanya hari ini.

Atlet UniSZA terpilih adalah Nur Aina Yasmine Halim dari Fakulti Sains Sosial Gunaan dan Iman Aisyah Norazam dari Fakulti Sains Kesihatan di mana kedua pelajar itu juga merupakan atlet yang berada di bawah program senior Majlis Sukan Negara (MSN).

Katanya, dua lagi atlet UniSZA yang akan bersama pasukan berkenaan adalah Amirul Amin Abd Rahim dari Fakulti Rekabentuk Inovatif dan Teknologi serta Shaerra Ezzaty Saffuan dari Fakulti Informatik dan Komputeran.

"Mereka bakal berlepas ke Napoli pada 5 Julai nanti turut diwakili oleh dua atlet Universiti Putra Malaysia (UPM), seorang atlet dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan seorang atlet dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas)

"Pasukan memanah yang dikendalikan oleh jurulatih, Adnan Ahmad dan Mukhriz Mohamed kini sedang giat menjalani latihan sebagai persiapan akhir di MSN Bukit Jalil sebelum berlepas ke Napoli," katanya.

Artikel Berkaitan: