JPN akan kumpul maklumat kes bas belubang

Abu Hanipah
Abu Hanipah
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Pendidikan Kelantan masih mengumpul maklumat berhubung kemalangan membabitkan seorang murid Tahun 6 di Kampung Kandis hari ini.

Pengarahnya, Abu Hanipah @ Fauzi Zahari berkata, pihaknya akan mengumpul maklumat mengenai program Akademik yang disertai oleh murid tersebut daripada guru pengiring yang terlibat dan Guru Besar sekolah tersebut.

Malah katanya, beliau akan berada di hospital Pasir Putih bagi mendapatkan perkembangan terkini.

"Buat masa ini kita akan menguruskan jenazah dan berdasarkan maklumat awal yang kita perolehi, jenazah masih berada di unit forensik hospital berkenaan.

"Kita berharap keluarganya bersabar dengan ketentuan ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

ARTIKEL BERKAITAN: Murid tahun enam maut lantai bas berlubang

Terdahulu, seorang murid tahun enam, Wan Muhammed Adam Mohd Suria, 12, meninggal dunia selepas lantai bas yang dinaikinya berlubang dalam kejadian di Kampung Kandis di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 12.50 tengah hari, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bok, Machang tersebut dikatakan dalam perjalanan mengikuti bengkel akademik di Bukit Keluang, Besut Terengganu.

Artikel Berkaitan:

Akibat kejadian tersebut, mangsa difahamkan terjatuh di atas jalan raya dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di seluruh badan.