Pemuda UMNO sokong undi 18 tahun tapi bersyarat: Asyraf Wajdi

Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO sedia menyokong cadangan pindaan umur mengundi kepada 18 tahun dengan syarat ia disertakan dengan pendaftaran pemilih secara automatik.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, syarat pendaftaran automatik pemilih bagi individu yang mencapai umur 18 tahun ini amat penting atas beberapa faktor.

"Masih ada rakyat yang tertinggal daripada menjalankan hak demokrasi mereka. Laporan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyebut seramai 3.6 juta individu dikenalpasti masih belum mendaftar sebagai pemilih.

"Ia juga bagi memastikan hasrat dan semangat cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan ini benar-benar tercapai serta memberikan ruang dan peluang yang seluasnya kepada pengundi baharu khususnya anak muda, hak untuk memilih kerajaan yang sebenar dan bebas. Selain itu, ia turut memberikan manfaat pentadbiran kepada SPR sekaligus membantu melicinkan urusan pilihan raya dan menjimatkan operasi pentadbiran mereka.," katanya.

Menurut beliau, cadangan pindaan ini juga mesti diselaraskan bersama pindaan Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan di mana umur calon pilihan raya juga perlu diturunkan dari 21 tahun ke 18 tahun.

"Pemuda UMNO mahu peluang demokrasi anak muda diberikan secara menyeluruh di samping menjamin konsistensi Perlembagaan Persekutuan itu sendiri.

"Justeru, Pemuda UMNO sekali lagi menegaskan kami bersedia menyokong cadangan pindaan ini dengan syarat-syarat yang telah dinyatakan. Sekiranya usul pindaan tidak disekalikan dengan syarat-syarat itu, maka Pemuda UMNO menyeru kesemua ahli Parlimen menolak cadangan usul ini di Parlimen," katanya.

Artikel Berkaitan: