6,972 keluarga di Johor masih tinggal di 'Sting Garden'

Dzulkefly pada Sidang Dun Johor.
Dzulkefly pada Sidang Dun Johor.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - [DIKEMASKINI] Kerajaan Johor mengenal pasti terdapat 6,972 keluarga yang masih tinggal di kawasan setinggan di seluruh negeri ini.

Exco Perumahan, Komunikasi dan Multimedia, Dzulkefly Ahmad berkata, statistik berkenaan diperoleh menerusi bancian dilakukan sehingga Jun lalu.

Menurutnya, daripada jumlah berkenaan, Johor Bahru mencatat bilangan tertinggi keluarga paling ramai iaitu 5,158 diikuti Pontian (480), Batu Pahat (474) dan Mersing (401).

"Selain itu, Kulai pula mencatatkan sebanyak 267 keluarga diikuti Tangkak (90), Kota Tinggi (71), Segamat (19) dan Muar mencatatkan tujuh keluarga manakala Labis lima keluarga.

"Beberapa kawasan mencatat bilangan keluarga setinggan sifar termasuk di Kluang; Rengit dan Pengerang," katanya.

Dzulkefly (PH-Kota Iskandar) berkata demikian ketika menjawab soalan Mohd Izhar Ahmad (PH-Larkin) tentang pelan jangka pendek kerajaan menyelesaikan masalah perumahan setinggan semasa persidangan Dewan Negeri Johor di Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Dzulkefly berkata, daripada segi bilangan bangunan setinggan pula, secara keseluruhannya sebanyak 7,032 unit dicatatkan di negeri ini dan Johor Bahru mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 5,158 unit.

"Diikuti daerah Pontian 480 unit, Batu Pahat (474), Mersing (401), Kulai (268), Tangkak (90), Rengit (80), Kota Tinggi (69) manakala Muar dan Labis masing-masing mencatatkan tujuh dan lima unit," katanya.

Artikel Berkaitan:

"Statistik ini boleh diguna pakai untuk merangka strategi penyelesaian setinggan dan perancangan jangka panjang bagi menentukan lokasi Program Perumahan Rakyat (PPR) untuk disewa selain Rumah Mampu Biaya Johor di seluruh negeri," katanya," katanya.