X

Kindly register in order to view this article
!

Murid tahun enam maut lantai bas berlubang

Pegawai PPD Machang, Arazmi Seman (dua dari kiri) bersama keluarga mangsa di Unit Forensik Hospital Tengku Anis Pasir Puteh hari ini.
A
A

PASIR PUTEH - [DIKEMASKINI] Seorang murid darjah enam, Wan Muhammed Adam Mohd Suria, 12, meninggal dunia selepas lantai bas yang dinaikinya berlubang dalam kejadian di Kampung Kandis di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 12.50 tengah hari itu, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bok, Machang tersebut dikatakan dalam perjalanan mengikuti bengkel akademik di Bukit Keluang, Besut Terengganu.

Akibat kejadian tersebut, mangsa difahamkan terjatuh di atas jalan raya dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di seluruh badan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Anis di sini untuk dibedah siasat.

Sementara itu, pihak polis di sini gagal dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pihak keluarga enggan ditemui.

Ketika ini pihak media dilaporkan menunggu pegawai Jabatan Pendidikan yang dikatakan akan ke Hospital Tengku Anis untuk melihat jenazah dan bertemu keluarga.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!