Cadangan pindaan turun had umur mengundi dibentang

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 yang mencadangkan had umur mengundi diturunkan daripada 21 kepada 18 tahun dibentang untuk bacaan kali pertama pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

RUU bagi meminda Perkara 119 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan berkenaan dibentang Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Cadangan pindaan itu akan membolehkan lebih ramai warganegara Malaysia layak mengundi dan memilih kerajaan melalui suatu pilihan raya selaras sistem demokrasi yang progresif.

Pindaan itu akan melibatkan implikasi kewangan tambahan kepada kerajaan yang amaunnya belum dapat ditentukan pada masa ini.

Syed Saddiq berkata bacaan kali kedua dan ketiga RUU itu akan dibentang pada sesi mesyuarat Dewan Rakyat kali ini.

Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Parlimen ke-14 bersidang dari 1 hingga 18 Julai. - Bernama

Artikel Berkaitan: